Click sini ye sayang

Jul 2, 2014

TERjahilnya AKAL dek duniawi

Assalamualaikum w.b.t
kali ini hani nak berkongsi tentang hati yang mati tentang hati yang jahil tentang agama
kisah ini benar.. dan kisah ini tentang hamba ALLAH yang menganut agama islam sepanjang hidupnya
dia dilahirkan sebagai islam dan dia tahu tentang islam..
dan cerita ini bermula apabila dia menyedari disudah lama jauh dengan islam dan mencari islam itu apa

ZAMAN KANAK-KANAK
ibu ayah menghantar dia ke sekolah PAFA atau pun sekolah agama negeri disekitar selangor.. boleh kata dia orang selangor. ya sekolah untuk mengaji agama disebelah petang ya semua mungkin tahu kan..
dan apa yang dia buat sepanjang 6tahun disekolah??
dia leka bermain kejar-kejar diwaktu belajarnya... didalam kelas masih belajar tentang agama..tapi cuma dunia diluar kelas lebih HEBAT dirasakannya... 
TAPI
dia masih dipelihara.. dari kejahatan sebenar dunia.. 
walaupun dia tidak berminat tentang agamanya dan walaupun dia rasa terpaksa melakukan suruhan yang MAHA ESA.. 
TAPI
Dia masih terpelihara.. kenapa?? kerana tiada cela untuknya yang datang untuk pesongkan dari agama..
tika itu bila dia melihat kakak kakak dan abang abang yang bergaul tanpa batas dia pelik dan jelik..
kiranya hatinya masih dia pelihara

ZAMAN awal REMAJA
boleh dikatakan zaman ini zaman sekolah menengah.. Tingkatan 1 dan 2
ya dia mula mengenali apa itu dunia.. dia sudah tidak ke kelas agama..dia hanya menghabiskan masa disekolah bersukan dan berkawan...
diperingkat permulaan dia masih terpelihara..
sampai lah satu masa dia rasa hebat berteman mesra.. melihat rakan-rakan mula berteman dia pun memasang niat yang sama...
oh ya bermula detik dia membenarkan dirinya mengenali seorang hamba..
dan masih tiada apa yang terjadi tika itu.. hanya suam-suam suku dihati.. cinta monyet lah katakan...
dan kira masa itu dia sangat suka berteman..terasa disayang-sayang terasa ada yang sayang selain ibu dan ayah...
dan tiba satu masa ibu dan ayah mengetahui tentang ini.. dia dimarah dan dimarah oleh ibu dan ayah..
tika tu dia rasa dia betul dan dia rasa perkara tu tak salah dan cuma ya sukakan seseorang dan bersayang itu biasa....
disaat hari itu dia mula jauh dan jauh.. tanpa bekalan yang mendalam dalam hati dia mampu untuk terjabak jauh...
OH YA.. dia juga gadis bertudung..dan dia bertudung atas kehendaknya..cuma dia 'HANYA' bertudung.. dia tidak faham apa kehendak tudung sebenarnya.. dan dia masih kira tidak menutup aurat sepenuhnya..

ZAMAN pertengahan REMAJA
disaat ini lagi hebat... bila dia mula mempunyai perasaan yang mendalam tentang seseorang..
menangis bila putus cinta itu biasa baginya.. tapi dia masih rasa tiada kesedaran.. dia masih rasa tindakannya benar.. dan dia rela disakitkan untuk memegang kata jangan sakitkan seseorang jika tidak mahu disakitkan kelak.. biar orang buat tapi jangan dia...
dan tiap lakunya disorokkan dari ibu dan ayah... kira-kira dia telah berlaku jahat di belakang ayah ibunya...
makin jauh dia dengan tuhannya
oh..ibu dan ayah sering mengingatkannya tentang solat dan mengaji al-quran..tapi diabaikannya 

ZAMAN akhir REMAJA (abes sekolah)
dia mula mencari-cari teman terakhir untuk hidupnya... mula lah berjinak-jinak dengan hati yang nekad tidak mahu lagi berkasih untuk bermain-main..
dia mula meninggalkan apa yang dia rasa tidak benar... tidak mahu lagi ditipu.. kerana dia sedar umurnya meningkat dewasa..
sampai lah dia bertemu dengan seorang hamba ALLAH ini.. 
cerita tentang dia dan seseorang ini amat drama .. macam drama melayu kot..
awal perkenalan mereka berkawan dan begitu mudah dia terjatuh hati dengan cara dan sikap kawannya itu..
sampailah apabila kawannya itu.. ajak untuk berkasih hati. kira COUPLE la...
dan apa dilakukannya.. dia mencabar kawannya jika benar mahukan dia.. pergi jumpa ayah...
tika tu dia rasa penat untuk berkasih dan disakiti..
TAPI.. bila kawan itu sahut cabaran dan menampakkan kesungguhan cara untuk mengambil hatinya.. dia terpaut...
dan sepanjang tempoh ber'COUPLE' dunia ni bagai mereka yang punya..
TUHAN tu makin jauh..walaupun mereka masih ingat mengingati satu sama lain.. tapi tidak sepenuhnya..
Temannya itu memberi tempoh 3 tahun dari perkenalan mereka... dan dia makin terasa disayang-sayang.. dan solat dan mengaji AL-QURAN itu jarang sekali..
tahu mengapa?? kerana dia berasa mengapa harus solat dan mengadapnya jika hari-hari dia melakukan perkara yang salah..
oh ya seperti dia menyedari kesalahannya..
tapi dek mencintai seorang hamba ALLAH dia biarkan sahaja salah menjadi betul..

dan perkara tu tak lama.. dia makin rasa berdosa,.. dia ingin berubah.. dia tahu kiamat tu nak dekat dia tahu umurnya tak panjang.. malaikat sentiasa mengekorinya.. dia tahu semua tu... tapi kerana sayangkan seseorang dan dia takut kehilangan jika dia berubah dia masih tidak berubah laku..walaupun hati berniat..

dia mula mengajak teman bernikah awal.. baginya..itu lah satu-satu jalan ...jika diakhiri dengan pernikahan segala akan menjadi halal..dan mudah untuk dia berkasih sesama manusia dan berkasih terhadap TUHAN yang MAHA ESA... dan dia berniat untuk kejalan yang benar dan diredhai bersama temannya... 
dek kerana kejahilan dulu dan semasa.. mereka mula bergaduh.. dan mula berenggang...

sampai satu tahap... temannya itu mahu meninggalkannya.. walhal temannya telah berjanji untuk bersatu hati diakhir tahun.. kira ijab kabul...
yang dia fikir dosa pahala.. dan tidak memandang tentang umur.. baginya segalanya akan lancar jika diniatkan untuk yang lebih baik.. dia berserah kepada maha esa..jika terjadi sesuatu selepas di ijab kabul..

dan tika temannya mahu meninggalkan sidia.. dia rasa semuanya berakhir... dia rasa kata-kata dusta itu semua hanya berkalan nafsu si teman terhadapnya sebelum itu... dia buntu dan buntu.. dan bila dia rasa sakit dan dilukai dek kerana ingin kejalan yang maha esa bersama-sama tapi itu pengakhirannya..
dia mula menghadap yang maha esa.. setiap malam... meminta petunjuk ketenangan...dan taubatnya..
solatnya tidak ditinggalkan detik tu.. dia mula membuka semula buku-buku tentang agama..untuk memperbaiki cacat cela solatnya..

kemurungan yang hanya dirasai ketika itu.. sangat terselah.. dia murung kenapa akhirnya sengketa terjadi pada dirinya dan fikir dia.. mungkin ini balasan atas segala perkara..
dan hari demi hari dia mahu mendapatkan kepastian terhadap bekas temannya itu.. tentang hati dan sebagainya.. dan pada waktu yang sama... dia masih belajar tentang agama dan ketenangan.. dikala dia menangis mengingatkan dia telah berdusta pada ayah ibu dan TUHANNYA...dia menangis yang amat kuat...

dan walaupun bekas temannya mengeluarkan kata-kata dusta yang menyakitkan tapi dia percaya jika berjodoh mereka ..mereka akan ditemukan jua..
kerana sebalik kata dusta tu dia percaya.. temannya itu sedang belajar tentang agama juga.. 
dan dia percaya segala kejahilan mereka dulu harus dibayar dengan menyerahkan segala ketentuan kapada sang PENCIPTA...
dan kini dia hanya meletakkan harapan kepada YA'RABB...

sempena ramadhan ini hari.. ini adalah bab baru baginya.. walaupun sepanjang tahun ini dia sudah mencari-cari erti islam dalam diri.. dan ini kali masa yang paling terbaik..
dan dia makin rasa jahil dulu mengejarnya...
tika dia perlu mencari guru dan tika dia perlu merangkak untuk mengenal agama yang sepatutnya menjadi pesuluh hidup dia... pesuluh jalan..
dia menangis lagi dan lagi...

tika ini.. dia betul merasakan inilah masa... yang sesuai... untuk mengenali agama hidupnya... membuat persediaan sebelum dipanggil menghadapnya... dan walaupun ada dugaan 'perkara hati' yang dia harus tempuhi..  dia merasakan perlu bersikap kejam terhadap dugaan itu... perlu mencaras dugaan itu bagi mempersiapkan diri...
dan dia rasa itu tebaik... 

dan cerita tentang 'dia' ini mungkin anda baca tentang seoarang hamba ALLAH yang mahu disayang-sayang sepanjang hidupnya.. 
walhal dia ada cita-cita dan dia ada kemahuan lain.. 
tapi dek kerana perkara melibatkan hati dia leka dan jatuh dan juga kerana itu dia ingin diberkati...
hani pinta kita doakan dia moga istiqamah sentiasa untuk kejalan yang benar..

kerana cerita ini tentang seorang hamba yang dilahirkan sebagai islam dan kini mencari islam sebenar dalam dirinya.. 
hani harap cerita tentang 'dia' ini dapat membuka hati rakan-rakan lain yang merasa dia jauh dengan tuhannya dek kerana berkasih dengan hamba ALLAH...

sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi kita.. dan boleh kata bila berkasih dengan MAHA ESA jauh lebih merasa ketenangan..

*anda dibenarkan share jika anda rasa cerita ini bermanfaat untuk dijadikan teladan

No comments:

Post a Comment

Followers