Click sini ye sayang

Nov 28, 2015

tulisan untuk hadapan

nah aku percaya ini mungkin kisah yang perlu aku tuliskan dan mungkin lepas ini akan terus keluar dari kotak minda.
dan kerana tika ini aku perlu lupakan segala yang aku tuliskan. biar disimpan didalam memori tulisan ini dan mungkin sampai masa aku sudah lupa lantas tulisan ini mengingatkan aku apa terjadi.
atau tika itu aku cuma perlu ingat tentang sesuatu bagi sedar dari mimpi.

tah apa mimpi. mungkin nanti bila aku sudah bersenang senang dan berbahgia. kadang barangkali akan terlupa diri..
jadi ini tulisan untuk diri sendiri di masa hadapan nanti.

wahai diri. jangan kau sentiasa berasa telampau senang dihadapan nanti. ya mungkin kau sedang berduka dan gigih masa ini. tapi itu bukan tiket untuk kau lupa akan sesuatu yang terjadi.
sentiasa ingat diri sentiasa tahu apa yang telah terjadi.

lihat sekeliling apa kau ada nanti. mungkin susah mungkin senang.

nanti jika kau sedang susah. ingat lah tika ini kau penah tempuh satu jalan yang buat kau mengalah, oh tapi ingat tika ini kau masih boleh bertahan. jadi nanti bila kau susah.. ingat kau pasti boleh tempuhi apa segala sesuatu  kerana lepas dan masa ini kau masih mampu berdiri jadi teruskan berjalan jangan mengalah.

dan nanti jika kau sedang bersenang-senang jangan pula lupa diri. manusia mudah lupa jadi ini aku ingatkan untuk diri. bile sedang bersenang jangan lupa yang kau penah susah.. jangan lupa diri.. bantu yang memerlukan sebab masa ini tida siapa yang kau rasa dapat membantu kau. barangkali ego. tapi ingat nanti masa hadapan jangan ego untuk membantu seseorang. ingat kau penah susah dulu.

jaga lah diri. jangan biar orang jatuhkan kau. bergerak mengejar mimpi dan jangan pernah mengalah.
nilai sesuatu dengan teliti. mana yang digunakan mana yang menggunakan. nanti jika kau sudah nilai. masih salah langkah lagi. percaya itu ujian untuk kau terus berdiri.

xo
tulisan untuk diri ini.

No comments:

Post a Comment

Followers